Tanggal 19 Ogos 2014 seramai 25 orang penuntut Silat Cekak Hanafi SMKSS telah diijazahkan oleh YM En. Marwi bin Latif. Majlis Ijazah potong ini juga turut dihadiri oleh beberapa orang penuntut KPTM yang hadir bagi Ijazah Asas dan Potong.
Majlis Ijazah Kedua turut diserikan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Seri. Sambutan ini diadakan bagi mengeratkan silaturahhim sesama ahli dan meraikan kejayaan umat Islam sebulan berpuasa.
Menerusi Ijazah Kedua ini, diharapkan agar penuntut lebih komited menghadiri latihan dan memperbaiki seni gerak Silat Cekak dan berjaya meneruskan perjuangan sehingga ke peringkat Tamat.
No comments:
Post a Comment