Titian hari penuh debaran,
Dan dihiasi kegelisahan,
Hari-hari yang mengejek kebodohan,
Cuba menghalang rasa kesungguhan,
Terbayang sinar-sinar kemenangan,
Kerdipan dian yang menerangi . . .
Terpancar wajah-wajah keriangan,
Melaung-laungkan kejayaan . . .
Pelbagai cara diusahakan,
Agar tertimbus kebolehan,
Rasa cita kepura-puraan,
Dilorekkan buat gambaran,
Gagasan . . .
Bukan cuma terkata angan-angan . . .
Rintangan . . .
Merupakan cabaran . . .
Gagasan . . .
Mempamerkan jiwa keperwiraan . . .
Halangan . . .
Merupakan dugaan . . .
Tanggal 28 Disember 2013
Karya En. Faizul Amin bin Mohd Yusoff
Alahai.... malu lah... karya yg tak seberapa.... huhuhu...
ReplyDelete