Saturday, 15 March 2014

Kelas Latihan Silat Cekak Hanafi SMKSS

Bagi memastikan ahli Silat Cekak Hanafi menguasai sepenuhnya buah yang dipelajari, pada setiap hari Jumaat, kelas latihan diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 3:30 petang hingga 5:30 petang. Dengan pantauan rapi dan penerangan jelas oleh Jurulatih, En. Faizul Amin dan beberapa orang pembantu kelas, ahli Silat Cekak Hanafi SMKSS berupaya mengaplikasikan buah yang dipelajari secara kemas dan tangkas.

Untuk memastikan kelas latihan berjalan dengan lancar, beberapa peraturan telah digariskan. Antara peraturan kelas latihan ialah:
  1. Penuntut dikehendaki sampai ke tempat latihan 5 minit awal sebelum latihan bermula.
  2. Penuntut tidak dibenarkan memakai baju berbutang, tali pinggang, jam tangan dan barang kemas semasa latihan.
  3. Penuntut tidak dibenarkan menunjuk-nunjuk seni mempertahankan diri yang lain semasa latihan.
  4. Penuntut tidak dibenarkan menunjuk ajar matapelajaran kepada bukan ahli mahupun ahli yang tidak hadir.
  5. Matapelajaran hendaklah diambil daripada jurulatih sahaja.
  6. Penuntut tidak dibenarkan bercakap-cakap semasa jurulatih sedang memberi penerangan atau sedang bercakap.
  7. Yuran hendaklah dijelaskan pada tiap-tiap bulan.







Diharapkan agar ahli-ahli Silat Cekak Hanafi SMKSS terus memberi komitmen dengan menghadiri kelas latihan yang diadakan.

"Kita bersilat bukan kerana silat, kita bersilat kerana agama"
"Kita bersilat bukan kerana silat, kita bersilat kerana Allah" 

1 comment:

  1. Masa adalah emas, masa adalah pedang.
    - Masa perlu di manfaat sebaiknya
    - Jika di sia-siakan, masa akan mencantas anda...

    ReplyDelete