Monday, 28 April 2014

Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Ustaz Hanafi Peringkat Nasional

Setelah pelbagai halangan & cabaran ditempuh serta latihan yang diadakan secara berterusan, syukur ke hadrat Ilahi, Kotinjen Silat Cekak Hanafi SMKSS berjaya menjejakkan kaki buat julung kalinya di bumi Terengganu dalam Kejohanan Wajadiri. Kotinjen SMKSS telah menunjukkan gerak & buah yang kemas & tangkas tatkala bersaing dengan 10 buah sekolah yang lain di seluruh Malaysia. Tidak ada apa yang terlakar di wajah para peserta dan jurulatih selain kegembiraan & kepuasaan setelah mampu mengaplikasikan segala yang dipelajari.

Antara pingat yang telah diraih oleh Kotinjen Silat Cekak Ustaz Hanafi SMKSS ialah:

Pingat EMAS
  • Serangan Tongkat Lelaki
  • Serangan Kaki Lelaki
  • Kategori Buah Jatuh Khas Wanita
Pingat PERAK
  • Adegan Praktikal Wanita
  • Papan Sekeping Wanita
Pingat GANGSA
  • Adegan Praktikal Lelaki
  • Serangan Tongkat Wanita
Ucapan terima kasih & setinggi-tinggi penghargaan buat penyelia, En Faizul Amin, Guru Penasihat, En Mohd Taslim, Barisan Alumni yang sentiasa memberi panduan & dorongan serta guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. 













Saturday, 12 April 2014

Latihan Kejohanan Wajadiri

Berbaki hanya kurang lebih 5 hari sebelum ke Negeri Terengganu Darul Iman, Kontinjen SMK Seri Serdang berusaha sedaya mungkin untuk memberikan yang terbaik dalam Kejohanan Wajadiri Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi 2014 yang akan diadakan di Universiti Malaysia Terengganu.

Setelah latihan insentif secara berterusan dilaksanakan dalam tempoh tiga minggu yang lalu, kini para peserta lebih yakin untuk beraksi dalam kejohanan tidak lama lagi. Namun tidak ada apa yang diharapkan, memandangkan ini adalah kali pertama kotinjen SMK Seri Serdang mengambil bahagian dalam kejohanan Wajadiri, penglibatan para peserta ke Universiti Malaysia Terengganu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menimba ilmu dan pengalaman baharu.

Dengan sokongan padu Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi dan warga SMK Seri Serdang sendiri, para peserta akan memberikan yang terbaik seiring dengan usaha para peserta. Di samping itu, ucapan terima kasih buat penyelia, En. Faizul Amin dan jurulatih-jurulatih yang terlibat sepanjang sesi latihan dilaksanakan.

Semoga sama-sama beroleh manfaat.